Sunday 16 March 2014

Konsep twist dalam filem The Sixth Sense

1. M. Night Shyamalan atau nama sebenarnya Manoj Nelliyattu Shyamalan seorang pelakon, penulis skrip dan pengarah filem dan produser berbangsa India yang membesar di Pennyslvania yang mempunyai minat mendalam untuk menghasilkan filem sejak dari kecil. Gaya pengarahan selalu menonjolkan unsur ‘twist’ yang  menjadikan pengakhiran cerita di luar jangkauan penonton. Beliau juga sering menampilkan filem yang mempunyai unsur kuasa luar biasa atau ‘supernatural’ dan kebanyakan karakter utama filem beliau mempunyai kaitan dengan cerita dari pengalaman lepas.




(M. Night Shyamalan Biography, diperoleh dari
 http://www.imdb.com/name/nm0796117/bio?ref_=nm_ov_bio_sm )

2. The Sixth Sense merupakan sebuah filem bergenre drama-horror yang bertemakan keperluan komunikasi antara satu sama lain. Tema ini diangkat dengan baik dengan pembawaan karakter seorang psikologist kanak-kanak yang pernah mendapat penghargaan Mayor iaitu Malcolm bersama isterinya, Anna dan pesakit kanak-kanaknya, Cole dengan ibunya, Lynn. Filem ini menceritakan dilema yang dihadapi Malcolm  dalam menangani penyakit pesakitnya kini, Cole yang mempunyai persamaan dengan pesakitnya, Vincent pada masa lalu. Cole diketahui mempunyai kelebihan melihat hantu meminta Malcolm dapat mengubati ketakutannya. Malcolm pada mulanya buntu bagaimana untuk membantu Cole malah pada masa yang sama dia mempunyai masalah kerenggangan hubungan dengan isterinya yang menyebabkan dia berputus asa. Tetapi kerana kepercayaan yang telah diberi oleh Cole , dia mendapat penyelesaiannya bahawa Cole perlu berinteraksi dengan hantu-hantu tersebut dan membantu mereka. Pengakhirannya, tanpa diduga Malcolm menyedari bahawa kerenggangannya dengan isterinya adalah kerana dia juga telah mati sepertimana gambaran hantu yang diberi Cole. Dia mati akibat ditembak oleh Vincent yang berdendam padanya pada suatu malam dia bersama isterinya di rumahnya.






3. Kelainan yang ditampilkan dalam filem The Sixth Sense adalah ia merupakan sebuah filem dalam genre drama (tragedi) berbanding horror kerana dapat dilihat penceritaannya lebih bermain dengan emosi watak-watak utama daripada mengutamakan watak-watak hantu untuk menakutkan penonton. Ini berbeza daripada persepsi awal saya yang menganggapnya sama seperti genre filem hantu yang lain.Di samping itu, plot ‘twist’ turut menjadikan ia filem yang istimewa dan layak  dengan kemenangannya dalam anugerah –anugerah di peringkat antarabangsa.

The Sixth Sense Award, (2009) diperoleh dari http://www.imdb.com/title/tt0167404/awards


4. Watak utama filem ini dimainkan oleh Bruce Willis sebagai Dr. Malcolm Crowe yang merupakan psikologist kanak-kanak. Dia yang gagal mengubati Donnie Wahlberg sebagai Vincent Grey pada masa lalu cuba untuk membantu Haley Joel Osment sebagai Cole Sear bagi menebus kesalahannya itu kerana simptom penyakit mereka mempunyai persamaan. Plot dalam filem bergantung penuh kepada kepada kedua-dua watak ini, Malcolm dan Cole bagi memberitahu penonton tentang perasaan takut yang dialami oleh Cole dan kesungguhan  Malcolm untuk membantu mengatasi masalahnya. Di samping itu, mereka juga perlu memperbaiki hubungan Cole antara ibu-anak serta Malcom antara suami-isteri.






5. Konsep ‘twist’ di dalam filem ini berkepentingan bagi mengaitkan semula plot akhir dengan plot awal yang mana Malcolm telah ditembak tanpa diketahui masih hidup atau tidak dan untuk mengetahui punca kerenggangan hubungan Malcolm dengan isterinya. Jika tidak kemungkinan penonton ditinggalkan tertanya-tanya dan dan kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem ini jadi ‘kurang menyengat’.


Sebagai konklusi, filem The Sixth Sense saya dapat ratingkan sebagai filem- wajib- tonton oleh segenap lapisan bagi yang menggemari kelainan dalam filem. Mesejnya cukup baik bagi mengatasi masalah perhubungan dan nilai spiritual yang turut diterapkan menjadikan ia sangat berbaloi ditonton.    

No comments:

Post a Comment