Wednesday 5 March 2014

Sinopsis Filem Forrest Gump

Forrest Gump menceritakan kehidupannya kepada orang yang tidak dikenali semasa menunggu bas. Semasa kecil dia yang memiliki IQ yang rendah dan dipandang rendah dan dibuli. Dia mengenali Jenny yang merupakan cinta hatinya di hari pertama persekolahan dan mereka menjadi kawan baik. Menginjak dewasa Forrest yang memiliki kepantasan larian berjaya memasuki kolej dengan tajaan biasiswa. Tamat pengajian, dia berkhidmat bersama tentera U.S dan berkawan dengan Bubba. Mereka telah dihantar untuk misi ketenteraan di Vietnam dengan bimbingan Leftenan Dan. Pada suatu hari, mereka diserang hendap dan menyebabkan Bubba mati dan Leftenan Dan kehilangan kakinya walaupun telah diselamatkan oleh Forrest. Forrest yang juga mengalami kecederaan dan Leftenan Dan diberi rawatan dan dibawa pulang ke Amerika. Disebabkan itu, Forrest diberi penghargaan atas keberaniannya daripada Presiden Amerika,  manakala Leftenan Dan pula meninggalkan Forrest disebabkan dia kecewa kerana mahu mati sepertimana perjuangan moyangnya terdahulu.  Sementara menunggu sembuh, Forrest mula menguasai permainan ping-pong. Forrest juga dipertemukan kembali dengan Jenny apabila secara tidak sengaja memasuki acara anti-perang golongan hippie.


Forrest menjadi wakil ping-pong tentera U.S melawan pasukan China dan dia berjaya menjadi juara. Kejayaannya membolehkan dia sekali lagi berjumpa dengan Presiden Amerika. Forrest dikejutkan apabila bertemu dengan Leftenan Dan yang tinggal di rumah kebajikan. Mereka berkongsi cerita dan Forrest masih mengekalkan perancangannya untuk terlibat dalam perusahaan udang sepertimana yang di janjikan bersama Bubba. Leftenan Dan pula berjanji untuk membantunya sekiranya dia berjaya untuk memulakan perusahaan itu. Manakala kehidupan Jenny pula semakin teruk apabila telah terlibat dengan dadah dan mengalami tekanan.

Setelah tamat perkhidmatan Forrest bersama tentera U.S, dia terus pulang ke rumah berjumpa ibunya dan memulakan perusahaan udang dan menamakan botnya Jenny. Leftenan Dan menyertainya tetapi tuah cuma menyebelahi mereka setelah berlakunya ribut yang menghancurkan kapal-kapal lain kecuali kapal mereka. Perusahaan mereka yang diberi nama Bubba Gump Shrimp Company menjadi terkenal dan mereka berjaya mendapat keuntungan. Forrest meninggalkan perusahaan itu kepada Leftenan Dan setelah mendapat tahu bahawa ibunya sedang sakit dan beberapa ketika selepas itu ibunya mati. Jenny kembali semula kepada Forrest pada suatu hari dan mereka telah ‘bersama’ walaupun lamaran Forrest ditolak. Jenny meninggalkannya sekali lagi. Forrest pula mengambil keputusan untuk berlari merentasi negara dan ia memberi inspirasi kepada ramai orang untuk mengikutinya sehingga tiba-tiba dia berasa ingin pulang ke rumahnya.




Forrest mendapat surat daripada Jenny untuk bertemunya di kawasan tempat dia sedang bercerita. Dia terkejut apabila dia dikhabarkan Jenny mempunyai anak bersama, dan Jenny mempunyai penyakit.  Mereka pulang ke rumah Forrest dan berkahwin. Selepas beberapa lama Jenny meninggal dunia dan Forrest setia menjaga anak mereka sepertimana ibu Forrest membacakan buku kegemaran Forrest dan menghantar anak menaiki bas ke sekolah. 



Ulasan :
Filem ini merupakan kisah yang menyampaikan mesej kasih sayang dan inspirasi dari seorang individu yang kadangkala dipandang rendah oleh masyarakat. Berlatar belakang beberapa peristiwa dan tokoh-tokoh penting, humor dan efek-efek visual yang menarik di sepanjang penceritaan menjadikan filem ini mendapat kutipan tayangan yang tinggi dan boleh dikategorikan filem-wajib-tonton. Saya juga berasa 'relax' dan terhibur sepanjang tayangan.

No comments:

Post a Comment