Sunday 9 March 2014

Ulasan Filem Kill Bill Vol.1

Ulasan Filem Kill Bill Vol.1

Filem Kill Bill bukan sejenis filem aksi yang sterotaip biasa yang menceritakan pembalasan dendam seorang wanita kepada rakan-rakan sekerjanya. Filem ini berjaya menggabungkan genre-genre seperti spaghetti westernblaxploitation, Chinese wuxia, filem-filem Yakuza dan Samurai Jepun , dan filem kung fu pada awal 1960-an dan 1970-an.





Ia menceritakan tentang watak utama yang dikenali sebagai 'The Bride' ingin membalas dendam terhadap semua rakan sekerjanya yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai dalam majlis perkahwinannya yang berlaku 4 tahun yang lalu. Dia yang baru tersedar daripada koma selepas peristiwa tersebut menyedari bahawa kandungannya juga telah tiada. Dia yang juga merupakan ahli kumpulan pasukan pembunuh upahan elit Deadly Viper Assassination Squad bertekad untuk membunuh 5 orang mereka termasuk ketua mereka Bill yang pernah menjadi kekasihnya. Perancangannya berjalan lancar apabila dibantu oleh guru Bill, Hattori Hanzo. Pengakhiran kisahnya tergantung setelah wanita itu bertarung menamatkan riwayat O-Ren-Ishii dan Vernita Green. Bill pula sempat menimbulkan persoalan kepada pembantu O-Ren-Ishii yang teselamat, Sophie tentang adakah dia (The Bride) mengetahui tentang anak mereka masih hidup.





Plotnya digarap dalam bentuk chapter-chapter supaya penonton dapat menghubungkan semula cerita yang dibuat dengan scene 'flashback'. Lebih menarik lagi, terdapat juga chapter berbentuk animasi Jepun bagi membentuk karakter O-Ren-Ishii.  Adegan-adegan aksi yang ditampilkan penuh dengan elemen debaran dan kejutan ditambah pula, dengan efek soundtrack yang berjaya menimbulkan rasa kepada penonton.  Cuma apabila difikirkan semula mengenai efek darah memancut-mancut bersemburan seperti tidak logik kerana mengundang rasa kelakar kepada penonton bertentangan tema kekerasan yang dibawa. 


Keseluruhannya, filem ini berbaloi ditonton sekiranya anda bukan dari kalangan mereka yang 'hemophobia' (takut darah) kerana ia menampilkan gabungan multi-cultural dari tim produksi yang besar di samping menikmati kelainan watak wira dari kalangan wanita yang menuntut bela atas haknya yang telah ditindas.


No comments:

Post a Comment