Thursday 10 April 2014

3 Act Structure dalam Filem Super 8



Sumber : http://www.elementsofcinema.com/screenwriting/3-act-structure.html

Ketiga-tiga peringkat ini istimewa dengan struktur tiga perbuatan naratif untuk mencipta sesuatu yang rumit, terperinci dan, dalam jangka masa panjang tetapi amat memuaskan.

Review Filem Super 8


Tindakan pertama (Act I) adalah di mana semua watak-watak utama cerita diperkenalkan, ditambah dunia di mana mereka tinggal, dan konflik yang akan menggerak cerita ke hadapan. Pengarah mempunyai kebebasan untuk membuat sebarang tetapan dan realiti yang dia kehendaki. 

Dalam Super 8, berlatarkan tahun 1979 mengisahkan tentang kanak-kanak sekolah menengah yang cuba untuk membuat sebuah filem zombie. Protaganis utama, Joe Lamb (Joel Courtney) yang baru kehilangan ibunya dalam kemalangan yang tragis berasa emosi dan cuba menjauhkan diri dari bapanya yang seringkali tiada di waktu memerlukan. Saya sendiri pada asalnya menyangka kesEluruhan cerita ini hanya akan berkisar pembuatan filem kanak-kanak ini. 

Tetapi apabila tiba plot seterusnya (Act II) keadaan menjadi berbeza. Plot twist bagi genre sci-fiksyen bermula ketika kumpulan kanak-kanak tersebut tersebut yang sedang membuat penggambaran terlibat dalam suatu kemalangan dahsyat keretapi dan trak yang pada mulanya mereka menganggapnya tidak sengaja. Kejutan seterusnya apabila pemandu trak mengacukan pistol kepada mereka dan mengugut mereka supaya lari dari tempat tersebut dan merahsiakan semua perkara yang terjadi dari sesiapa pun. Scene ini adalah yang paling menarik penonton, menjadikan mata terus tertumpu kepada skrin untuk mengetahui cerita selanjutnya. (Alex Jowski, 2012)




Ia menjadi permulaan konflik bagi watak-watak dan kerangka penceritaan mula dapat dilihat apabila Joe Lamb tidak dibenarkan bergaul dengan rakan-rakannya,  manakala Charles (Riley Griffiths) sebagai pengarah masih mahu meneruskan filemnya walaupun mengetahui mungkin  Alice Dainard  (Elle Fanning) tidak mahu meneruskan penggambaran selepas kes itu. Keadaan pekan Lilian juga menjadi semakin pelik dengan kehilangan anjing-anjing, barangan dan orang sehingga ketenteraan memenuhi pekan.   




Klimaks (Act III) filem ini apabila Joe Lamb cuba menyelamatkan Alice daripada raksasa yang dipercayai menjadi punca segala keanehan yang timbul di pekan itu. Raksasa yang merupakan makhluk asing dari angkasa lepas tersebut melepaskan Joe setelah mendapat jaminan bahawa dia tidak akan diapa-apakan. Peleraiannya, konflik antara bapa Joe dan bapa Alice terjawab dan mereka masing-masing menemukan anak-anak mereka dalam keributan barangan berterbangan bagi membentuk kapal angkasa yang menerbangkan raksasa tersebut. 





Keseluruhannya, filem ini dapat saya ratingkan wajib tonton kerana mempunyai jalan cerita yang menarik, rumit dan terperinci dengan penggunaan teknologi efek CGI dan soundtrack yang berkesan. Gabungan retro dan sci-fiksyen yang mantap ini juga menambahkan kelainan untuk disajikan kepada penonton. J.J Abrams sebagai pengarah layak dipuji atas karya yang dihasilkannya.


Rujukan : http://www.geekjuicemedia.com/articles/alex-jowski-reviews/super-8-is-super/

No comments:

Post a Comment