Saturday 26 April 2014

Kill Bill Vol.2 Review

The Bride is back..

Perubahan aksi daripada suasana eksotik Jepun dalam Kill Bill Vol.1 kepada kawasan padang pasir barat California dan Mexico dalam Kill Bill Vol.2. Selain itu terdapat banyak perbezaan lain lagi yang dapat dilihat dalam sekuel filem arahan Quarentin Tarantino ini. Mengenai penggunaan kamera dalam filem ini ia banyak memainkan peranan bagi membentuk 'mood' cerita. 



Kamera akan menjulang ke atas bagi menunjukkan scene yang menggambarkan keganasan contohnya shot flashback, the Deadly Viper Assassination Squad masuk ke dalam gereja perkahwinan 'The Bride'(Uma Thurman) dengan niat hendak membunuhnya.


Beberapa teknik dalam angle kamera dan kegunaannya juga dapat dilihat. Dalam scene pertama 'pengebumian hidup-hidup' yang dihadapi 'The Bride' hanya sedikit angle digunakan dengan set medium shot di dalam keranda bagi menunjukkan ruang tersebut kecil. Tetapi pada awal scene tersebut Tarantino menggunakan high-angle shot bagi menampakkan kehebatan Budd (Michael Madsen)  menentang 'The Bride' yang diletakkan shot low angle bagi menunjukkan dia sudah lemah dan tidak mampu melawan lagi. Scene kedua pula lebih berbeza apabila 'The Bride' berjaya melepaskan diri. Tarantino menggunakan shot point of view (POV) bagi menunjukkan watak protagonis 'The Bride' dan menjadikan filem ini lebih realistik kepada penonton.

Satu lagi teknik yang digunakan adalah Mise-en-scene. Pelbagai subjek dapat dilihat scene kedua seperti keranda sepertimana yang disebut sebelum ini. Darah dari tangan 'The Bride' juga antara subjek yang menunjukkan dia tetap mencuba melepaskan diri dari keranda walaupun terpaksa menghadapi kesakitan untuk bebas semula. Dan seterusnya adalah pisau yang diletakkan di dalam but yang akhirnya membantunya memotong tali yang diikat di tangannnya. Ini menunjukkan 'The Bride' sentiasa bersedia menghadapi konflik untuk keselamatannya. 

Keadaan dalam keranda :
http://www.youtube.com/watch?v=pohqGgEZf-s



Rujukan: 


No comments:

Post a Comment