Sunday 30 March 2014

Sci-Fiksyen : Review Filem Dark Skies

Once you've been chosen, you belong to them.



Dark Skies mengisahkan sebuah keluarga yang tinggal di sebuah perumahan sub-urban terdiri daripada Lacey Barret (Keri Russel) sebagai ibu, Daniel (Josh Hamilton) sebagai ayah dan dua anak mereka Jesse (Dakota Goyo) dan Sam (Kadan Rockett). Dalam kemelut kewangan yang dihadapi, mereka dipercayai diganggu makhluk asing apabila satu-persatu insiden pelik berlaku di rumah mereka seperti susunan peralatan dapur yang membentuk lambang, badan Sam yang lebam-lebam, Daniel di luar sedar berada di luar rumah tiba-tiba berdarah di hidung. Lacey dan Daniel cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden yang berlaku kepada seorang yang pernah mempunyai pengalaman yang sama, Edwin Pollard (J.K.Simmons). Klimaks berlaku apabila keluarga Barret yang telah berkumpul bersama dan bersedia menghadapi makhluk asing tersebut pada malam itu tidak dapat mengelak Jesse diculik mereka.

Justin Lowe, (2013), Dark Skies: Film Review, diperoleh dari :  http://www.hollywoodreporter.com/movie/dark-skies/review/423630


Yang pasti Dark Skies penuh dengan elemen suspen yang mendebarkan. Berbanding dengan filem sci-fiksyen lain, pengarah cuba mengetengahkan unsur horror dalam filem ini dengan kejadian-kejadian pelik akibat gangguan makhluk asing setiap seorang watak dalam keluarga Daniel. Ditambah pula dengan tekanan perasaan yang dihadapi setiap watak daripada masalah kewangan, pergaduhan suami-isteri, pandangan pelik jiran-jiran menjadikan filem ini lebih hidup. Tipikalnya filem sci-fiksyen yang menampilkan makhluk asing lebih mengutamakan watak makhluk asing sendiri sebagai subjek penceritaan berlainan dengan filem ini yang hanya mengeluarkannya sebagai watak sampingan dalam bentuk bayangan dan tidak difokuskan perinciannya.  

Rebecca Murray (2013), Exclusive Interview with 'Dark Skies' Writer/Director Scott Stewart, diperoleh dari :
 

Berlatarkan kehidupan masa kini di kawasan perumahan sub-urban Amerika, Dark Skies mengetengahkan komuniti yang agak rapat dan prihatin, berpendapatan sederhana yang kadangkala menghadapi masalah pembayaran bil kemudahan bulanan sekiranya tidak mempunyai pendapatan tetap . Props yang ditampilkan  memberikan makna yang signifikan dengan misteri yang cuba dirungkai oleh keluarga Barret.

1- Walkie-talkie
Alat komunikasi Sam dan Jesse

2. Gelas bersusunan

Gelas bersusunan tinggi membentuk bayang simbol misteri

3- Lukisan

Lukisan Sam serupa dengan lukisan budak yang hilang diculik makhluk asing 


4- Burung
Burung-burung menghentam rumah Barret secara tiba-tiba

5- Keratan akhbar misteri kehilangan kanak-kanak


Keratan akhbar kehilangan misteri memenuhi ruang kediaman Edwin Pollard


Johnleavengood, (2013), John’s Horror Corner: Dark Skies (2013), diperoleh dari :

   
Short asas yang digunakan sepanjang filem ini antaranya :
1.
Close-up: Jesse tersedar dia sedang mendekati makhluk asing

2.
Extreme close-up : Daniel cuba melihat simptom gatal di belakang telinganya

3.
Reverse angle shot : Lacey cuba berkomunikasi dengan Daniel yang kelihatan berada dalam keadaan luar sedar

4.
Medium shot: Edwin Pollard menerangkan mengenai perkara yang sedang berlaku pada keluarga Barret

5.
Medium-long shot : Lacey menghadapi kejutan

6.
Long shot : Lacey melihat suaminya sedang berdiri di luar rumah di tengah malam


7.
Extreme-long shot : pemandangan perumahan sub-urban


Scott Stewart sebagai penulis dan pengarah filem ini bijak mengadunkan kepelbagaian scene horror dalam filem sci-fi ini sehingga menjadikan ia meleret dan membuatkan penonton terus tertanya-tanya apakah kesudahan kehidupan keluarga Barret. Konsep twist di penghujung filem memberikan tambahan kelainan, apabila jangkaan awal bahawa Sam yang akan diambil oleh makhluk asing tersebut. Malahan menjadi semakin misteri apabila Sam dapat mendengar suara Jesse meminta tolong dari walkie-talkienya di akhir cerita. Dapat dilihat juga rakaman filem ini walaupun sebahagiannya berlatarkan kegelapan, ia masih mempunyai pencahayaan yang baik yang dapat membentuk suasana seram yang diingininya. Props yang dipilih juga menarik bagi menimbulkan keanehan tidak terjangka oleh penonton. Walaubagaimanapun, ada juga beberapa scene yang kelihatan tidak perlu ditampilkan kerana tiada hala tuju untuk disampaikan.

Kesimpulannya, Dark Skies tidak mengecewakan untuk ditonton seandainya penonton gemarkan filem bergenre sci-fiksyen dan horror. Mesej kekeluargaan yang cuba disampaikan dapat diambil sebagai pedoman.

1. Eric Shirey (2013),  Blu-ray Review: "Dark Skies" diperoleh dari :  http://voices.yahoo.com/blu-ray-review-dark-skies-12143017.html?cat=40   
2. http://www.rogerebert.com/reviews/dark-skies-2012


No comments:

Post a Comment