Thursday 10 April 2014

Ulasan filem : Lizzie McGuire The Movie

Goodbye Lizzie McGuire, hello fabulous.

Permulaan yang menarik dalam Lizzie McGuire The Movie, watak seorang gadis remaja Lizzie Mcguire (Hillary Duff) muncul sedang menyanyi gembira di dalam bilik bersama animasi seumpama dirinya bagi menambah keceriaan filem ini. Filem ini merupakan penutup bagi siri televisyen Lizzie McGuire era 90-an. Pada hari graduasi menengah rendah Lizzie  terpaksa membuat ucapan dalam keadaan gugup menggantikan di tempat presiden kelas, Margaret Chan. Sewaktu berjalan keluar dari pentas dia tersadung sehingga tirai belakang pentas jatuh pada semua orang di atas pentas. Selepas itu, rakaman ini telah diam-diam dihantar untuk "Good Morning America" oleh adiknya yang nakal. Dia dan rakan-rakannya kelas bercuti ke Rom disertai musuhnya, Kate Sanders dan guru sekolah tinggi baru, Miss Ungermeyer (Alex Borstein) yang mengawasi ketat rombongan mereka.

Setibanya di Rom, scene tempat menarik sekitar Rom menghiasi skrin. Lizzie dan sahabatnya, Gordo (Adam Lamberg) berjanji supaya di Rom mereka akan memulakan sesuatu pengembaraan baru bagi melupakan pengalaman yang memalukan dulu. Di kawasan air pancut Trevi, Lizzie mula berkenalan dengan Paolo Valisari (Yani Gelman) yang tersilap kerana Lizzie mempunyai wajah serupa dengan teman duetnya, Isabella Parigi. Bermulalah pengembaraan baru Lizzie selepas dia menerima ajakan Paolo menggantikan tempat Isabella untuk hari The International Music Video Awards (IMVA’s). Konflik-konflik yang berlaku selepas itu harus ditonton untuk mengetahui kisah selanjutnya.




Filem yang bergenre pengembaraan, komedi, kekeluargaan, muzik dan romantik bersifat santai sesuai ditonton beramai-ramai kerana mempunyai gaya bahasa mudah dan kelakar.

No comments:

Post a Comment