Sunday 30 March 2014

Director's Journal 6 : Storyboard

Minggu kelima ini kami cuba mendapatkan lokasi tetap penggambaran yang bakal kami adakan nanti. Kami berniat untuk menempah homestay di Banting dan proses pengesahan akan menyusul nanti setelah tinjauan lokasi.

Seperti yang ditetapkan kami mengadakan rehearsal penggambaran pada hari petang Jumaat,  28 Mac 2014 dengan dibantu pelakon dari Jabatan Media. Shortfilm Zahirah mengisahkan perihal seorang gadis graduan dari Mesir yang dipandang tinggi ibunya kerana kejayaannya. Malahan ibunya turut meluahkan rasa syukur tentang sifat anaknya yang solehah kepada sahabatnya. Ibunya tidak mengetahui di sebalik karakternya itu hanya pura-pura. Dia ada menyimpan suatu rahsia.


Storyboard Zahirah

Storyboard berkepentingan :
1) Sebagai panduan semasa fasa production dan post-production.
2) Membolehkan setiap krew penerbitan membuat perbincangan sebelum pergi membuat rakaman.
3) Melancarkan proses penyuntingan.


Beberapa gambar proses rakaman sedang dijalankan.

 Cuba mendapatkan shot close-up cawan yang dibasuh


Long-shot untuk menunjukkan ibu sedang menyediakan makanan untuk tetamu 

 Contoh close-up props gambar di dinding yang mempamerkan Zahirah bersama kedua orang tuanya



Sedang menyiapkan setting lokasi


Keseluruhannya, beberapa perkara dikenal pasti untuk diperbaiki pada hari penggambaran sebenar dan persediaan secara teliti  perlu diambil berat :
1) Penyediaan props seperti pinggan, cawan, teko, dulang dan gambar-gambar untuk diletakkan di dinding.
2) Penjagaan masa : sebaiknya tidak melebihi waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan kesulitan.

Sepanjang proses penggambaran pelakon dapat memberi kerjasama yang baik dan tidak kekok berekspresi mengikut permintaan pengarah. Saya mengharapkan pelakon sebenar nanti juga merasakan keadaan yang sama supaya scene yang dikendaki mudah diterjemahkan di depan kamera. Krew produksi yang lain juga membantu kelancaran proses walaupun terdapat kekurangan dari sudut alatan yang memanjangkan tempoh masa penggambaran.

Apapun, saya mendoakan yang terbaik untuk penggambaran shortfilm Zahirah nanti. 

Pengalaman yang bermakna hari ini untuk saya! :)


  

Director's Journal 5 : Production


Kali ini saya mempelajari teori mengenai shot, cut dan editing filem . Shot adalah perkara yang melibatkan framing sesuatu scene dalam proses rakaman. Pengarah kebiasaannya akan menentukan jenis angle kamera yang patut diambil untuk mendapatkan shot yang baik. Cut pula adalah proses memotong scene dalam shot yang telah dirakam. Manakala editing pula adalah proses penyuntingan yang dibuat dalam fasa akhir post-production yang akan mengumpulkan kesemua shot yang diperoleh dalam bentuk video dengan tambahan efek sekiranya diperlukan.

Disebabkan saya tidak menghadiri kuliah jadi saya berinisiatif mencari sumber maklumat berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Antara laman web yang saya kira dapat menjadi rujukan ialah :
1- http://www.math.grinnell.edu/~simpsone/Connections/Film/Shots/index.html
2- http://classes.yale.edu/film-analysis/htmfiles/editing.htm
3- Glosari : http://www.learner.org/interactives/cinema/editing2.html
                 : http://classes.yale.edu/film-analysis/htmfiles/editing.htm
4- http://studiouniversiti.blogspot.com/p/penerbitan-video-single-camera.html
5- http://studentsrepo.um.edu.my/642/4/CHAP3.pdf

Semasa meeting produksi kesemua kumpulan membentangkan perkembangan perjalanan projek masing-masing. Kumpulan saya akhirnya telah mendapat kata putus untuk sinopsis akhir shortfilm kami, Zahirah. Kami juga telah mendapatkan persetujuan daripada pelakon dan menyenaraikan props yang perlu disediakan. Kami bersetuju untuk mengadakan rehearsal pada hari Jumaat, 28 Mac.

Pembentangan kumpulan

Sci-Fiksyen : Review Filem Dark Skies

Once you've been chosen, you belong to them.



Dark Skies mengisahkan sebuah keluarga yang tinggal di sebuah perumahan sub-urban terdiri daripada Lacey Barret (Keri Russel) sebagai ibu, Daniel (Josh Hamilton) sebagai ayah dan dua anak mereka Jesse (Dakota Goyo) dan Sam (Kadan Rockett). Dalam kemelut kewangan yang dihadapi, mereka dipercayai diganggu makhluk asing apabila satu-persatu insiden pelik berlaku di rumah mereka seperti susunan peralatan dapur yang membentuk lambang, badan Sam yang lebam-lebam, Daniel di luar sedar berada di luar rumah tiba-tiba berdarah di hidung. Lacey dan Daniel cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden yang berlaku kepada seorang yang pernah mempunyai pengalaman yang sama, Edwin Pollard (J.K.Simmons). Klimaks berlaku apabila keluarga Barret yang telah berkumpul bersama dan bersedia menghadapi makhluk asing tersebut pada malam itu tidak dapat mengelak Jesse diculik mereka.

Justin Lowe, (2013), Dark Skies: Film Review, diperoleh dari :  http://www.hollywoodreporter.com/movie/dark-skies/review/423630


Yang pasti Dark Skies penuh dengan elemen suspen yang mendebarkan. Berbanding dengan filem sci-fiksyen lain, pengarah cuba mengetengahkan unsur horror dalam filem ini dengan kejadian-kejadian pelik akibat gangguan makhluk asing setiap seorang watak dalam keluarga Daniel. Ditambah pula dengan tekanan perasaan yang dihadapi setiap watak daripada masalah kewangan, pergaduhan suami-isteri, pandangan pelik jiran-jiran menjadikan filem ini lebih hidup. Tipikalnya filem sci-fiksyen yang menampilkan makhluk asing lebih mengutamakan watak makhluk asing sendiri sebagai subjek penceritaan berlainan dengan filem ini yang hanya mengeluarkannya sebagai watak sampingan dalam bentuk bayangan dan tidak difokuskan perinciannya.  

Rebecca Murray (2013), Exclusive Interview with 'Dark Skies' Writer/Director Scott Stewart, diperoleh dari :
 

Berlatarkan kehidupan masa kini di kawasan perumahan sub-urban Amerika, Dark Skies mengetengahkan komuniti yang agak rapat dan prihatin, berpendapatan sederhana yang kadangkala menghadapi masalah pembayaran bil kemudahan bulanan sekiranya tidak mempunyai pendapatan tetap . Props yang ditampilkan  memberikan makna yang signifikan dengan misteri yang cuba dirungkai oleh keluarga Barret.

1- Walkie-talkie
Alat komunikasi Sam dan Jesse

2. Gelas bersusunan

Gelas bersusunan tinggi membentuk bayang simbol misteri

3- Lukisan

Lukisan Sam serupa dengan lukisan budak yang hilang diculik makhluk asing 


4- Burung
Burung-burung menghentam rumah Barret secara tiba-tiba

5- Keratan akhbar misteri kehilangan kanak-kanak


Keratan akhbar kehilangan misteri memenuhi ruang kediaman Edwin Pollard


Johnleavengood, (2013), John’s Horror Corner: Dark Skies (2013), diperoleh dari :

   
Short asas yang digunakan sepanjang filem ini antaranya :
1.
Close-up: Jesse tersedar dia sedang mendekati makhluk asing

2.
Extreme close-up : Daniel cuba melihat simptom gatal di belakang telinganya

3.
Reverse angle shot : Lacey cuba berkomunikasi dengan Daniel yang kelihatan berada dalam keadaan luar sedar

4.
Medium shot: Edwin Pollard menerangkan mengenai perkara yang sedang berlaku pada keluarga Barret

5.
Medium-long shot : Lacey menghadapi kejutan

6.
Long shot : Lacey melihat suaminya sedang berdiri di luar rumah di tengah malam


7.
Extreme-long shot : pemandangan perumahan sub-urban


Scott Stewart sebagai penulis dan pengarah filem ini bijak mengadunkan kepelbagaian scene horror dalam filem sci-fi ini sehingga menjadikan ia meleret dan membuatkan penonton terus tertanya-tanya apakah kesudahan kehidupan keluarga Barret. Konsep twist di penghujung filem memberikan tambahan kelainan, apabila jangkaan awal bahawa Sam yang akan diambil oleh makhluk asing tersebut. Malahan menjadi semakin misteri apabila Sam dapat mendengar suara Jesse meminta tolong dari walkie-talkienya di akhir cerita. Dapat dilihat juga rakaman filem ini walaupun sebahagiannya berlatarkan kegelapan, ia masih mempunyai pencahayaan yang baik yang dapat membentuk suasana seram yang diingininya. Props yang dipilih juga menarik bagi menimbulkan keanehan tidak terjangka oleh penonton. Walaubagaimanapun, ada juga beberapa scene yang kelihatan tidak perlu ditampilkan kerana tiada hala tuju untuk disampaikan.

Kesimpulannya, Dark Skies tidak mengecewakan untuk ditonton seandainya penonton gemarkan filem bergenre sci-fiksyen dan horror. Mesej kekeluargaan yang cuba disampaikan dapat diambil sebagai pedoman.

1. Eric Shirey (2013),  Blu-ray Review: "Dark Skies" diperoleh dari :  http://voices.yahoo.com/blu-ray-review-dark-skies-12143017.html?cat=40   
2. http://www.rogerebert.com/reviews/dark-skies-2012


Sunday 16 March 2014

Director's Journal 4 : Belanjawan Filem

Minggu keempat ini kami diperkenalkan tentang 'Budgeting A Film' iaitu belanjawan pembikinan filem.
Perkara ini merupakan antara asas dalam fasa pre-production. Ia mempunyai kepentingan bagi menentukan framework keputusan pembikinan keseluruhan filem lebih-lebih lagi yang bersifat independen.
 (Jon M. Garon et.al, An Overview of Film Budget diperoleh dari http://filmmakeriq.com/2008/07/an-overview-of-the-film-budget/)



Antara elemen-elemen yang perlu diambil kira semasa membuat belanjawan adalah :


  • Pelakon dan Krew - Pengarah perlu memastikan bahawa setiap pelakon dan krew produksi jelas dengan bayaran yang akan diterima yang tidak termasuk perbelanjaan  sendiri dalam produksi.
  • Travel – kos perjalanan krew dan pelakon ke lokasi mesti dikira
  • Catering – makanan sepanjang proses pembikinan juga termasuk dalam belanjawan
  • Lokasi - ini terpulang kepada tempat yang dipilih untuk shooting, tetapi harus dipastikan research telah dilakukan dengan baik sebelum shooting
  • Kamera dan Pencahayaan - perlu dirujuk kepada peralatan-peralatan shooting
  • Stok - peralatan-peralatan lakonan juga perlu dikira sama 
  • Insurans - perlindungan perundangan membantu sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini 
  • Post-production dan Marketing - salah satu elemen penting yang perlu diambil kira belanjawannya dengan teliti bagi tujuan promosi yang lebih meluas.

Kumpulan saya yang akan menghasilkan shortfilm masih menghadapi masalah dalam sinopsis yang telah dibuat. Tetapi saya mengharapkan perbincangan terakhir kami yang lepas dapat diterima produser. Kami juga telah membuat belanjawan dengan mengambil kira bilangan krew dan pelakon yang akan terlibat di lokasi shooting semasa fasa production. 

  Oleh kerana kekhusyukan kami berbincang idea sinopsis yang lebih baik, saya terlupa untuk mengambil gambar belanjawan yang dibuat.


Konsep twist dalam filem The Sixth Sense

1. M. Night Shyamalan atau nama sebenarnya Manoj Nelliyattu Shyamalan seorang pelakon, penulis skrip dan pengarah filem dan produser berbangsa India yang membesar di Pennyslvania yang mempunyai minat mendalam untuk menghasilkan filem sejak dari kecil. Gaya pengarahan selalu menonjolkan unsur ‘twist’ yang  menjadikan pengakhiran cerita di luar jangkauan penonton. Beliau juga sering menampilkan filem yang mempunyai unsur kuasa luar biasa atau ‘supernatural’ dan kebanyakan karakter utama filem beliau mempunyai kaitan dengan cerita dari pengalaman lepas.




(M. Night Shyamalan Biography, diperoleh dari
 http://www.imdb.com/name/nm0796117/bio?ref_=nm_ov_bio_sm )

2. The Sixth Sense merupakan sebuah filem bergenre drama-horror yang bertemakan keperluan komunikasi antara satu sama lain. Tema ini diangkat dengan baik dengan pembawaan karakter seorang psikologist kanak-kanak yang pernah mendapat penghargaan Mayor iaitu Malcolm bersama isterinya, Anna dan pesakit kanak-kanaknya, Cole dengan ibunya, Lynn. Filem ini menceritakan dilema yang dihadapi Malcolm  dalam menangani penyakit pesakitnya kini, Cole yang mempunyai persamaan dengan pesakitnya, Vincent pada masa lalu. Cole diketahui mempunyai kelebihan melihat hantu meminta Malcolm dapat mengubati ketakutannya. Malcolm pada mulanya buntu bagaimana untuk membantu Cole malah pada masa yang sama dia mempunyai masalah kerenggangan hubungan dengan isterinya yang menyebabkan dia berputus asa. Tetapi kerana kepercayaan yang telah diberi oleh Cole , dia mendapat penyelesaiannya bahawa Cole perlu berinteraksi dengan hantu-hantu tersebut dan membantu mereka. Pengakhirannya, tanpa diduga Malcolm menyedari bahawa kerenggangannya dengan isterinya adalah kerana dia juga telah mati sepertimana gambaran hantu yang diberi Cole. Dia mati akibat ditembak oleh Vincent yang berdendam padanya pada suatu malam dia bersama isterinya di rumahnya.






3. Kelainan yang ditampilkan dalam filem The Sixth Sense adalah ia merupakan sebuah filem dalam genre drama (tragedi) berbanding horror kerana dapat dilihat penceritaannya lebih bermain dengan emosi watak-watak utama daripada mengutamakan watak-watak hantu untuk menakutkan penonton. Ini berbeza daripada persepsi awal saya yang menganggapnya sama seperti genre filem hantu yang lain.Di samping itu, plot ‘twist’ turut menjadikan ia filem yang istimewa dan layak  dengan kemenangannya dalam anugerah –anugerah di peringkat antarabangsa.

The Sixth Sense Award, (2009) diperoleh dari http://www.imdb.com/title/tt0167404/awards


4. Watak utama filem ini dimainkan oleh Bruce Willis sebagai Dr. Malcolm Crowe yang merupakan psikologist kanak-kanak. Dia yang gagal mengubati Donnie Wahlberg sebagai Vincent Grey pada masa lalu cuba untuk membantu Haley Joel Osment sebagai Cole Sear bagi menebus kesalahannya itu kerana simptom penyakit mereka mempunyai persamaan. Plot dalam filem bergantung penuh kepada kepada kedua-dua watak ini, Malcolm dan Cole bagi memberitahu penonton tentang perasaan takut yang dialami oleh Cole dan kesungguhan  Malcolm untuk membantu mengatasi masalahnya. Di samping itu, mereka juga perlu memperbaiki hubungan Cole antara ibu-anak serta Malcom antara suami-isteri.






5. Konsep ‘twist’ di dalam filem ini berkepentingan bagi mengaitkan semula plot akhir dengan plot awal yang mana Malcolm telah ditembak tanpa diketahui masih hidup atau tidak dan untuk mengetahui punca kerenggangan hubungan Malcolm dengan isterinya. Jika tidak kemungkinan penonton ditinggalkan tertanya-tanya dan dan kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem ini jadi ‘kurang menyengat’.


Sebagai konklusi, filem The Sixth Sense saya dapat ratingkan sebagai filem- wajib- tonton oleh segenap lapisan bagi yang menggemari kelainan dalam filem. Mesejnya cukup baik bagi mengatasi masalah perhubungan dan nilai spiritual yang turut diterapkan menjadikan ia sangat berbaloi ditonton.    

Sunday 9 March 2014

Director's Journal 3 : Cyclical Model Production

Minggu ketiga, kami diingatkan supaya memahami The Cyclical Model Production yang telah diterangkan serba sedikit pada minggu pertama.


(Marcus Gillezeau, 2004)

Kali ini, kami diminta untuk membentangkan perancangan kami untuk shortfilm yang telah dibincangkan kepada pelajar yang mengambil subjek produksi di bawah kelolaan Dr.Azalan. Beberapa kumpulan awal membentangkan perancangan mereka dengan baik beserta dengan jadual shooting, bahan-bahan props dan bajet untuk projek yang akan mereka jalankan nanti. Ini sesuatu yang baru buat saya, kerana belum pernah terlibat dengan produksi seperti ini.

Saya dapat melihat perancangan kami yang kurang rapi berbanding dengan kumpulan lain memandangkan kekangan idea yang seringkali ditolak dan krew produksi yang belum tetap.

Dari sini saya dapat mengaitkan proses pre-production sangat memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak dan pengurusan yang baik dapat membantu perjalanan proses produksi. Saya sendiri akan cuba membantu kumpulan saya memperbaiki kekangan yang ada sepanjang proses ini.

Director's Journal : Tahapan Produksi

Minggu kedua Seni Pengarahan Filem, saya hanya mengikuti tutorialnya sahaja kerana terdapat permasalahan penukaran subjek yang saya mahu ikuti iaitu Produksi Dokumentari. Tetapi tidak mengapa, saya masih diberi rezeki untuk mengikuti subjek ini walaupun terpaksa melalui peperiksaan akhir.

Kami sempat menonton filem Forrest Gump dan diberi tugasan untuk membuat sinopsis berkenaan filem tersebut.


Saya telah memilih untuk memasuki kumpulan 'shortfilm' dan bermulalah perkenalan saya dengan ahli-ahli yang mengambil subjek berbeza seperti Produksi Televisyen dan Pengenalan Produksi dalam tutorial kami. Pengarah shortfilm telah membentangkan ideanya tentang sinopsis filem yang bakal dibuat. Tetapi ideanya telah ditolak dan kami cuba membuat penambaikan terhadap sinopsis tersebut dan mengharapkan supaya ia diterima oleh penerbit.


Di sini saya mula mempelajari tentang 'konsep' produksi iaitu berkenaan idea, karakter dan sumber kepada sesuatu yang boleh dipertontonkan, boleh dipasarkan dan boleh diedarkan.   




Tahap Produksi


Director's Journal 1 : Seni Pengarahan Filem

Seni Pengarahan Filem merupakan salah satu subjek luar Fakulti yang saya pilih untuk ikuti bagi mempelajari selok-belok produksi media. Bagi saya, media memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi dan idea dalam masyarakat. Disebabkan minat yang ada untuk menceburi bidang ini, saya tidak teragak-agak untuk terlibat sama untuk belajar walaupun tanpa teman.

Minggu pertama, Dr.Azalan memperkenalkan kami tentang skop pekerjaan seorang pengarah filem. Mereka merupakan orang utama yang mengawal keseluruhan filem dengan kerjasama penerbit filem dan produksi.



Sesebuah produksi semestinya telah melalui beberapa peringkat iaitu :

1) Pre-production
Iaitu proses mendapatkan konsep iaitu idea sesuatu filem, scripting,  pitching dan lain-lain yang berperanan sebelum bermulanya proses shooting.

2) Production
Iaitu proses lakonan dan shooting yang melibatkan hampir kesemua krew produksi di tempat yang telah ditetapkan.

3) Post-production
Iaitu proses editing, packaging , kesemua scene yang telah dirakam sehingga filem lengkap untuk ditayangkan.

Kami juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyiapkan projek produksi seperti shortfilm, iklan, PSA dan video promo Jabatan Pengajian Media. Disebabkan saya merupakan pelajar luar fakulti, terdapat beberapa kekeliruan semasa memilih kumpulan sehingga waktu berakhir.

Ulasan Filem Kill Bill Vol.1

Ulasan Filem Kill Bill Vol.1

Filem Kill Bill bukan sejenis filem aksi yang sterotaip biasa yang menceritakan pembalasan dendam seorang wanita kepada rakan-rakan sekerjanya. Filem ini berjaya menggabungkan genre-genre seperti spaghetti westernblaxploitation, Chinese wuxia, filem-filem Yakuza dan Samurai Jepun , dan filem kung fu pada awal 1960-an dan 1970-an.





Ia menceritakan tentang watak utama yang dikenali sebagai 'The Bride' ingin membalas dendam terhadap semua rakan sekerjanya yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai dalam majlis perkahwinannya yang berlaku 4 tahun yang lalu. Dia yang baru tersedar daripada koma selepas peristiwa tersebut menyedari bahawa kandungannya juga telah tiada. Dia yang juga merupakan ahli kumpulan pasukan pembunuh upahan elit Deadly Viper Assassination Squad bertekad untuk membunuh 5 orang mereka termasuk ketua mereka Bill yang pernah menjadi kekasihnya. Perancangannya berjalan lancar apabila dibantu oleh guru Bill, Hattori Hanzo. Pengakhiran kisahnya tergantung setelah wanita itu bertarung menamatkan riwayat O-Ren-Ishii dan Vernita Green. Bill pula sempat menimbulkan persoalan kepada pembantu O-Ren-Ishii yang teselamat, Sophie tentang adakah dia (The Bride) mengetahui tentang anak mereka masih hidup.





Plotnya digarap dalam bentuk chapter-chapter supaya penonton dapat menghubungkan semula cerita yang dibuat dengan scene 'flashback'. Lebih menarik lagi, terdapat juga chapter berbentuk animasi Jepun bagi membentuk karakter O-Ren-Ishii.  Adegan-adegan aksi yang ditampilkan penuh dengan elemen debaran dan kejutan ditambah pula, dengan efek soundtrack yang berjaya menimbulkan rasa kepada penonton.  Cuma apabila difikirkan semula mengenai efek darah memancut-mancut bersemburan seperti tidak logik kerana mengundang rasa kelakar kepada penonton bertentangan tema kekerasan yang dibawa. 


Keseluruhannya, filem ini berbaloi ditonton sekiranya anda bukan dari kalangan mereka yang 'hemophobia' (takut darah) kerana ia menampilkan gabungan multi-cultural dari tim produksi yang besar di samping menikmati kelainan watak wira dari kalangan wanita yang menuntut bela atas haknya yang telah ditindas.


Wednesday 5 March 2014

Sinopsis Filem Forrest Gump

Forrest Gump menceritakan kehidupannya kepada orang yang tidak dikenali semasa menunggu bas. Semasa kecil dia yang memiliki IQ yang rendah dan dipandang rendah dan dibuli. Dia mengenali Jenny yang merupakan cinta hatinya di hari pertama persekolahan dan mereka menjadi kawan baik. Menginjak dewasa Forrest yang memiliki kepantasan larian berjaya memasuki kolej dengan tajaan biasiswa. Tamat pengajian, dia berkhidmat bersama tentera U.S dan berkawan dengan Bubba. Mereka telah dihantar untuk misi ketenteraan di Vietnam dengan bimbingan Leftenan Dan. Pada suatu hari, mereka diserang hendap dan menyebabkan Bubba mati dan Leftenan Dan kehilangan kakinya walaupun telah diselamatkan oleh Forrest. Forrest yang juga mengalami kecederaan dan Leftenan Dan diberi rawatan dan dibawa pulang ke Amerika. Disebabkan itu, Forrest diberi penghargaan atas keberaniannya daripada Presiden Amerika,  manakala Leftenan Dan pula meninggalkan Forrest disebabkan dia kecewa kerana mahu mati sepertimana perjuangan moyangnya terdahulu.  Sementara menunggu sembuh, Forrest mula menguasai permainan ping-pong. Forrest juga dipertemukan kembali dengan Jenny apabila secara tidak sengaja memasuki acara anti-perang golongan hippie.


Forrest menjadi wakil ping-pong tentera U.S melawan pasukan China dan dia berjaya menjadi juara. Kejayaannya membolehkan dia sekali lagi berjumpa dengan Presiden Amerika. Forrest dikejutkan apabila bertemu dengan Leftenan Dan yang tinggal di rumah kebajikan. Mereka berkongsi cerita dan Forrest masih mengekalkan perancangannya untuk terlibat dalam perusahaan udang sepertimana yang di janjikan bersama Bubba. Leftenan Dan pula berjanji untuk membantunya sekiranya dia berjaya untuk memulakan perusahaan itu. Manakala kehidupan Jenny pula semakin teruk apabila telah terlibat dengan dadah dan mengalami tekanan.

Setelah tamat perkhidmatan Forrest bersama tentera U.S, dia terus pulang ke rumah berjumpa ibunya dan memulakan perusahaan udang dan menamakan botnya Jenny. Leftenan Dan menyertainya tetapi tuah cuma menyebelahi mereka setelah berlakunya ribut yang menghancurkan kapal-kapal lain kecuali kapal mereka. Perusahaan mereka yang diberi nama Bubba Gump Shrimp Company menjadi terkenal dan mereka berjaya mendapat keuntungan. Forrest meninggalkan perusahaan itu kepada Leftenan Dan setelah mendapat tahu bahawa ibunya sedang sakit dan beberapa ketika selepas itu ibunya mati. Jenny kembali semula kepada Forrest pada suatu hari dan mereka telah ‘bersama’ walaupun lamaran Forrest ditolak. Jenny meninggalkannya sekali lagi. Forrest pula mengambil keputusan untuk berlari merentasi negara dan ia memberi inspirasi kepada ramai orang untuk mengikutinya sehingga tiba-tiba dia berasa ingin pulang ke rumahnya.




Forrest mendapat surat daripada Jenny untuk bertemunya di kawasan tempat dia sedang bercerita. Dia terkejut apabila dia dikhabarkan Jenny mempunyai anak bersama, dan Jenny mempunyai penyakit.  Mereka pulang ke rumah Forrest dan berkahwin. Selepas beberapa lama Jenny meninggal dunia dan Forrest setia menjaga anak mereka sepertimana ibu Forrest membacakan buku kegemaran Forrest dan menghantar anak menaiki bas ke sekolah. 



Ulasan :
Filem ini merupakan kisah yang menyampaikan mesej kasih sayang dan inspirasi dari seorang individu yang kadangkala dipandang rendah oleh masyarakat. Berlatar belakang beberapa peristiwa dan tokoh-tokoh penting, humor dan efek-efek visual yang menarik di sepanjang penceritaan menjadikan filem ini mendapat kutipan tayangan yang tinggi dan boleh dikategorikan filem-wajib-tonton. Saya juga berasa 'relax' dan terhibur sepanjang tayangan.