Saturday 26 April 2014

Sinopsis Les Choristes (The Chorus)

Beberapa tahun selepas Perang Dunia II , pemuzik yang kurang dikenali tetapi bermotivasi tinggi bernama Encik Mathieu ( Gérard Jugnot ) mengambil pekerjaan sebagai seorang penyelia di Fond De L' Etang , sebuah sekolah berasrama penuh untuk kanak-kanak lelaki nakal. Pengetua sekolah itu , Rachin ( Francois Berléand ), percaya dengan sistem keadilan dipanggil " Action- Reaction ," yang melibatkan pelbagai bentuk hukuman tanpa belas kasihan.

Bimbang terhadap banyak amaran dari Rachin dan beberapa guru lain Fond De L' Etang , Encik Mathieu mengalu-alukan kanak-kanak dengan kesabaran dan belas kasihan tetapi kanak-kanak bertindak balas dengan memanggil dia " Baldy " dan mempermain-mainkannya . Dengan menunjukkan sifat kebapaan dan kesabaran Encik Mathieu pantang menyerah. Dia dapat menangkap bakat kanak-kanak itu yang menyanyi sebuah lagu jahat mengenai beliau dan dia memutuskan bahawa muzik adalah persamaan antara mereka.



Filem ini membangkitkan pelbagai emosi melalui plot , jiwa watak-watak terutamanya Encik Mathieu yang penuh sifat kebapaan dan muzik yang menawan. Suara Morhange juga luar biasa mampu menguasai penonton untuk tidak terus bergerak dari skrin. Pengarah , Christophe Barratier , yang merupakan seorang ahli muzik, dan komposer muzik filem ini, menunjukkan bagaimana muzik mengisi jiwa seseorang. Muzik dalam " Les Choristes " sangat indah, ia membawa kanak-kanak lelaki bersama-sama berubah sikap, mood mereka dan bagaimana orang lain melihat mereka.

Salah satu lagu yang dimainkan dalam filem :

Rujukan :

Kill Bill Vol.2 Review

The Bride is back..

Perubahan aksi daripada suasana eksotik Jepun dalam Kill Bill Vol.1 kepada kawasan padang pasir barat California dan Mexico dalam Kill Bill Vol.2. Selain itu terdapat banyak perbezaan lain lagi yang dapat dilihat dalam sekuel filem arahan Quarentin Tarantino ini. Mengenai penggunaan kamera dalam filem ini ia banyak memainkan peranan bagi membentuk 'mood' cerita. 



Kamera akan menjulang ke atas bagi menunjukkan scene yang menggambarkan keganasan contohnya shot flashback, the Deadly Viper Assassination Squad masuk ke dalam gereja perkahwinan 'The Bride'(Uma Thurman) dengan niat hendak membunuhnya.


Beberapa teknik dalam angle kamera dan kegunaannya juga dapat dilihat. Dalam scene pertama 'pengebumian hidup-hidup' yang dihadapi 'The Bride' hanya sedikit angle digunakan dengan set medium shot di dalam keranda bagi menunjukkan ruang tersebut kecil. Tetapi pada awal scene tersebut Tarantino menggunakan high-angle shot bagi menampakkan kehebatan Budd (Michael Madsen)  menentang 'The Bride' yang diletakkan shot low angle bagi menunjukkan dia sudah lemah dan tidak mampu melawan lagi. Scene kedua pula lebih berbeza apabila 'The Bride' berjaya melepaskan diri. Tarantino menggunakan shot point of view (POV) bagi menunjukkan watak protagonis 'The Bride' dan menjadikan filem ini lebih realistik kepada penonton.

Satu lagi teknik yang digunakan adalah Mise-en-scene. Pelbagai subjek dapat dilihat scene kedua seperti keranda sepertimana yang disebut sebelum ini. Darah dari tangan 'The Bride' juga antara subjek yang menunjukkan dia tetap mencuba melepaskan diri dari keranda walaupun terpaksa menghadapi kesakitan untuk bebas semula. Dan seterusnya adalah pisau yang diletakkan di dalam but yang akhirnya membantunya memotong tali yang diikat di tangannnya. Ini menunjukkan 'The Bride' sentiasa bersedia menghadapi konflik untuk keselamatannya. 

Keadaan dalam keranda :
http://www.youtube.com/watch?v=pohqGgEZf-s



Rujukan: 


Thursday 10 April 2014

Ulasan filem : Lizzie McGuire The Movie

Goodbye Lizzie McGuire, hello fabulous.

Permulaan yang menarik dalam Lizzie McGuire The Movie, watak seorang gadis remaja Lizzie Mcguire (Hillary Duff) muncul sedang menyanyi gembira di dalam bilik bersama animasi seumpama dirinya bagi menambah keceriaan filem ini. Filem ini merupakan penutup bagi siri televisyen Lizzie McGuire era 90-an. Pada hari graduasi menengah rendah Lizzie  terpaksa membuat ucapan dalam keadaan gugup menggantikan di tempat presiden kelas, Margaret Chan. Sewaktu berjalan keluar dari pentas dia tersadung sehingga tirai belakang pentas jatuh pada semua orang di atas pentas. Selepas itu, rakaman ini telah diam-diam dihantar untuk "Good Morning America" oleh adiknya yang nakal. Dia dan rakan-rakannya kelas bercuti ke Rom disertai musuhnya, Kate Sanders dan guru sekolah tinggi baru, Miss Ungermeyer (Alex Borstein) yang mengawasi ketat rombongan mereka.

Setibanya di Rom, scene tempat menarik sekitar Rom menghiasi skrin. Lizzie dan sahabatnya, Gordo (Adam Lamberg) berjanji supaya di Rom mereka akan memulakan sesuatu pengembaraan baru bagi melupakan pengalaman yang memalukan dulu. Di kawasan air pancut Trevi, Lizzie mula berkenalan dengan Paolo Valisari (Yani Gelman) yang tersilap kerana Lizzie mempunyai wajah serupa dengan teman duetnya, Isabella Parigi. Bermulalah pengembaraan baru Lizzie selepas dia menerima ajakan Paolo menggantikan tempat Isabella untuk hari The International Music Video Awards (IMVA’s). Konflik-konflik yang berlaku selepas itu harus ditonton untuk mengetahui kisah selanjutnya.




Filem yang bergenre pengembaraan, komedi, kekeluargaan, muzik dan romantik bersifat santai sesuai ditonton beramai-ramai kerana mempunyai gaya bahasa mudah dan kelakar.

3 Act Structure dalam Filem Super 8



Sumber : http://www.elementsofcinema.com/screenwriting/3-act-structure.html

Ketiga-tiga peringkat ini istimewa dengan struktur tiga perbuatan naratif untuk mencipta sesuatu yang rumit, terperinci dan, dalam jangka masa panjang tetapi amat memuaskan.

Review Filem Super 8


Tindakan pertama (Act I) adalah di mana semua watak-watak utama cerita diperkenalkan, ditambah dunia di mana mereka tinggal, dan konflik yang akan menggerak cerita ke hadapan. Pengarah mempunyai kebebasan untuk membuat sebarang tetapan dan realiti yang dia kehendaki. 

Dalam Super 8, berlatarkan tahun 1979 mengisahkan tentang kanak-kanak sekolah menengah yang cuba untuk membuat sebuah filem zombie. Protaganis utama, Joe Lamb (Joel Courtney) yang baru kehilangan ibunya dalam kemalangan yang tragis berasa emosi dan cuba menjauhkan diri dari bapanya yang seringkali tiada di waktu memerlukan. Saya sendiri pada asalnya menyangka kesEluruhan cerita ini hanya akan berkisar pembuatan filem kanak-kanak ini. 

Tetapi apabila tiba plot seterusnya (Act II) keadaan menjadi berbeza. Plot twist bagi genre sci-fiksyen bermula ketika kumpulan kanak-kanak tersebut tersebut yang sedang membuat penggambaran terlibat dalam suatu kemalangan dahsyat keretapi dan trak yang pada mulanya mereka menganggapnya tidak sengaja. Kejutan seterusnya apabila pemandu trak mengacukan pistol kepada mereka dan mengugut mereka supaya lari dari tempat tersebut dan merahsiakan semua perkara yang terjadi dari sesiapa pun. Scene ini adalah yang paling menarik penonton, menjadikan mata terus tertumpu kepada skrin untuk mengetahui cerita selanjutnya. (Alex Jowski, 2012)




Ia menjadi permulaan konflik bagi watak-watak dan kerangka penceritaan mula dapat dilihat apabila Joe Lamb tidak dibenarkan bergaul dengan rakan-rakannya,  manakala Charles (Riley Griffiths) sebagai pengarah masih mahu meneruskan filemnya walaupun mengetahui mungkin  Alice Dainard  (Elle Fanning) tidak mahu meneruskan penggambaran selepas kes itu. Keadaan pekan Lilian juga menjadi semakin pelik dengan kehilangan anjing-anjing, barangan dan orang sehingga ketenteraan memenuhi pekan.   




Klimaks (Act III) filem ini apabila Joe Lamb cuba menyelamatkan Alice daripada raksasa yang dipercayai menjadi punca segala keanehan yang timbul di pekan itu. Raksasa yang merupakan makhluk asing dari angkasa lepas tersebut melepaskan Joe setelah mendapat jaminan bahawa dia tidak akan diapa-apakan. Peleraiannya, konflik antara bapa Joe dan bapa Alice terjawab dan mereka masing-masing menemukan anak-anak mereka dalam keributan barangan berterbangan bagi membentuk kapal angkasa yang menerbangkan raksasa tersebut. 





Keseluruhannya, filem ini dapat saya ratingkan wajib tonton kerana mempunyai jalan cerita yang menarik, rumit dan terperinci dengan penggunaan teknologi efek CGI dan soundtrack yang berkesan. Gabungan retro dan sci-fiksyen yang mantap ini juga menambahkan kelainan untuk disajikan kepada penonton. J.J Abrams sebagai pengarah layak dipuji atas karya yang dihasilkannya.


Rujukan : http://www.geekjuicemedia.com/articles/alex-jowski-reviews/super-8-is-super/