Sunday 4 May 2014

Never Been Kissed Review

“All of you people, there is a big world out there... bigger than prom, bigger than high school and it won't matter if you were the prom queen, the quarterback of the football team, or the biggest nerd in school. Find out who you are and try not to be afraid of it.”


Ayat ini merujuk kepada pelajar-pelajar South Glen South High School ketika menghadiri Prom Night diucapkan oleh Josie Geller (Drew Barrymore) bagi menyedarkan mereka semua bahawa zaman persekolahan bukanlah segala-galanya. Sikap suka menjatuhkan orang untuk mendapatkan lebih perhatian daripada orang lain bukan suatu perkara yang baik malah boleh juga menyebabkan perkara buruk terjadi. Josie yang pernah menghadapi zaman buruk dunia persekolahan akibat dipermainkan-mainkan kawan-kawannya merasa perkara ini perlu diubah daripada cara berfikir budak sekolah. Dunia sebenar lebih menguji individu dengan sikap dan arah kehidupan mereka . Jadi sepatutnya masa di zaman persekolahan ini potensi masing-masing mesti digilap bagi menghadapi kehidupan nanti.

No comments:

Post a Comment