Sunday 18 May 2014

Director's Journal :Screening Night!

Akhirnya.

Tanggal 16 Mei 2014, bertempat di Armada Hotel telah berlangsung Screening Night 2014 Jabatan Media Universiti Malaya.

Hari yang ditunggu-tunggu untuk menonton kesemua hasil produksi pelajar-pelajar subjek produksi Jabatan Media. Memang inilah saat yang dinantikan, apatah lagi upacara seperti ini pertama kali saya hadiri. Teruja! :)

Semua orang kelihatan bergaya, cantik dan menawan! wah!

Hasil produksi ditayangkan satu-persatu. Produksi yang paling mengujakan saya ialah shortfilm "Inspektor Petonah". Cerita yang ringan dan kelakar berkisar kehidupan kampung yang diawasi pegawai polis yang baru bertugas di situ, Inspektor Petonah. Saya juga tertarik dengan sinematografi shortfilm "After the Storm". Tidak hairan kedua-dua pengarah layak mendapat Anugerah Pengarah Terbaik dan Sinematografi Terbaik. Good job guys!

Apa yang paling tidak disangkakan, shortfilm produksi kami, "Zahirah", mendapat Anugerah Rekaan set dan kostum terbaik !  Saya tidak pasti justifikasi apa yang dilihat untuk memenangkan kami. Apa-apa pun, Alhamdulillah, syukur. :)


 !,
Plak Anugerah Rekaan Set Terbaik
(Wondering, how to divide this? o_0)

Keseluruhannya, majlis berjalan dengan baik dan persembahan tidak mengecewakan. Makanan yang disediakan juga sedap-sedap belaka. :)

Akhir sekali, terima kasih kepada Dr. Azalan Shah yang sudi mengajar, pihak penganjur bertungkus-lumus dan tim produksi yang ramah-tamah serta semua yang terlibat dalam screening night. I really enjoy this moment!

Masa hampir berakhir. 
Public Screening pula selepas ini. Nantikan.

Teaser "Zahirah" :



No comments:

Post a Comment