Sunday 1 June 2014

Sinopsis Pitching : Terkena

Farid dan Zack dua orang budak nakal yang selalu saja ada helah untuk mengenakan orang dan hari itu sedang mereka berjalan-jalan ternampak sepasang kasut buruk dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang usang dan merancang menyembunyikannya. Tetapi perbuatan mereka dihalang oleh seorang lelaki yang tiba- tiba muncul dengan mengubah idea mengenakan tukang kebun tersebut kepada memberikan beberapa keping not duit ke dalam kasut tukang kebun itu. Mereka bertiga yang bersembunyi di balik rimbun memerhatikan tukang kebun merasa sangat terharu dengan reaksi tukang kebun itu setelah mendapati di dalam kasutnya terdapat duit yang dapat membantu isterinya yang sedang terlantar di rumah.

Director's Journal 8: Review Public Screening

Bertempat di Amphitetheatre Fakulti Alam Bina pada 27 Mei 2014, sekali lagi Jabatan Media menganjurkan Public Screening untuk tatapan umum hasil produksi pelajar-pelajar yang mengambil subjek yang berkaitan. Amphitheatre merupakan tempat awam yang sesuai kerana kemudahannya sememangnya disediakan untuk membuat tayangan umum. Sebanyak 13 produksi yang ditayangkan semasa screening ini sepertimana Screening Night terdahulu iaitu : 

1- Bunga (Shortfilm)
2- Bomoh (Shortfilm)
3- Inspektor Petonah (Shortfilm)
4- Epilogue (Shortfilm)
5- Zahirah (Shortfilm)
6- Alam Melayu Melaka (Dokumentari) 
7- The Wound (PSA)
8- Lovely Pop (Iklan)
9- Makhluk Ganjil (News Coverage)
10Seram Kampus (Dokumentari)
11- Pembunuhan Ratu Kampus (News Coverage)
12- Hantu Menyambut Merdeka (Shortfilm)
13- After the Storm (Shortfilm)

Kali kedua menonton, kekurangan semasa Screening Night terdahulu dapat diperbaiki dari segi sound system dan kali ini sangat memuaskan. Komentar daripada penonton, ada yang bingung dengan mesej yang ingin disampaikan tentang shortfilm-shortfilm yang dibiarkan tergantung. Saya mencadangkan mungkin selepas ini boleh diadakan sesi bersama pengarah-pengarah produksi supaya perkongsian dua hala dapat diadakan agar mesej sebenar dapat disampaikan kepada penonton.



Selesai tayangan, hadirin disediakan juadah ringan,sesi cabutan bertuah dan bertukar hadiah sesama pelajar produksi. Semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Alhamdulillah. 

Tanpa disedari ini merupakan hari terakhir bersama pensyarah, Dr.Azalan dan rakan-rakan subjek Pengarahan Filem dan subjek produksi lain sebelum peperiksaan. Di kesempatan ini, saya memohon kemaafan andai terdapat khilaf sepanjang perkenalan kita dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menerima saya seadanya dan tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih :)

Semoga berjaya!


" Now at last they were beginning Chapter One of the GREAT STORY no one on earth has ever read which goes forever in which chapter is better than one before."
- C.W. Lewis -


p/s: sesiapa yang berkenaan, boleh ke tolong upload kan semua hasil produksi di youtube? :)