Sunday 1 June 2014

Sinopsis Pitching : Terkena

Farid dan Zack dua orang budak nakal yang selalu saja ada helah untuk mengenakan orang dan hari itu sedang mereka berjalan-jalan ternampak sepasang kasut buruk dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang usang dan merancang menyembunyikannya. Tetapi perbuatan mereka dihalang oleh seorang lelaki yang tiba- tiba muncul dengan mengubah idea mengenakan tukang kebun tersebut kepada memberikan beberapa keping not duit ke dalam kasut tukang kebun itu. Mereka bertiga yang bersembunyi di balik rimbun memerhatikan tukang kebun merasa sangat terharu dengan reaksi tukang kebun itu setelah mendapati di dalam kasutnya terdapat duit yang dapat membantu isterinya yang sedang terlantar di rumah.

Director's Journal 8: Review Public Screening

Bertempat di Amphitetheatre Fakulti Alam Bina pada 27 Mei 2014, sekali lagi Jabatan Media menganjurkan Public Screening untuk tatapan umum hasil produksi pelajar-pelajar yang mengambil subjek yang berkaitan. Amphitheatre merupakan tempat awam yang sesuai kerana kemudahannya sememangnya disediakan untuk membuat tayangan umum. Sebanyak 13 produksi yang ditayangkan semasa screening ini sepertimana Screening Night terdahulu iaitu : 

1- Bunga (Shortfilm)
2- Bomoh (Shortfilm)
3- Inspektor Petonah (Shortfilm)
4- Epilogue (Shortfilm)
5- Zahirah (Shortfilm)
6- Alam Melayu Melaka (Dokumentari) 
7- The Wound (PSA)
8- Lovely Pop (Iklan)
9- Makhluk Ganjil (News Coverage)
10Seram Kampus (Dokumentari)
11- Pembunuhan Ratu Kampus (News Coverage)
12- Hantu Menyambut Merdeka (Shortfilm)
13- After the Storm (Shortfilm)

Kali kedua menonton, kekurangan semasa Screening Night terdahulu dapat diperbaiki dari segi sound system dan kali ini sangat memuaskan. Komentar daripada penonton, ada yang bingung dengan mesej yang ingin disampaikan tentang shortfilm-shortfilm yang dibiarkan tergantung. Saya mencadangkan mungkin selepas ini boleh diadakan sesi bersama pengarah-pengarah produksi supaya perkongsian dua hala dapat diadakan agar mesej sebenar dapat disampaikan kepada penonton.



Selesai tayangan, hadirin disediakan juadah ringan,sesi cabutan bertuah dan bertukar hadiah sesama pelajar produksi. Semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Alhamdulillah. 

Tanpa disedari ini merupakan hari terakhir bersama pensyarah, Dr.Azalan dan rakan-rakan subjek Pengarahan Filem dan subjek produksi lain sebelum peperiksaan. Di kesempatan ini, saya memohon kemaafan andai terdapat khilaf sepanjang perkenalan kita dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menerima saya seadanya dan tunjuk ajar yang diberikan. Terima kasih :)

Semoga berjaya!


" Now at last they were beginning Chapter One of the GREAT STORY no one on earth has ever read which goes forever in which chapter is better than one before."
- C.W. Lewis -


p/s: sesiapa yang berkenaan, boleh ke tolong upload kan semua hasil produksi di youtube? :) 


             
       

Saturday 31 May 2014

Director's Journal 7: Pitching

Pitching?

Apa tu? Tak pernah dengar pun.

Pitching skrip adalah satu bentuk seni, dan walaupun ia boleh memberi tekanan, ia sesuatu yang mesti setiap penulis punyai untuk disempurnakan sebelum menghampiri eksekutif atau agen. Jadi apakah pitching sebenarnya? 

Pitching adalah kesimpulan skrip dengan penekanan kepada watak-watak utama, konflik, dan genre. Bagi pitching skrip, anda menggunakannya untuk memujuk profesional industri untuk memilih kerja (membelinya untuk pertimbangan). 

Pitch ada dua bentuk: pitch dua minit, juga dikenali sebagai teaser, dan pitch cerita, yang secara tradisinya 10 hingga 20 minit panjang, walaupun yang lebih pendek lebih baik. Anda benar-benar perlu mempunyai kedua-dua jenis pitch disediakan sebelum anda menghubungi kakitangan industri. Anda tidak pernah tahu apabila anda akan dipanggil untuk menjual cerita anda atau bagaimana anda akan diminta untuk menjualnya.




Pitch teaser
Pitch teaser adalah singkat. Secara tradisinya, anda akan mendapat tiga ayat untuk menarik perhatian pendengar ke dalam premis, genre, dan skop filem anda. Apabila membina idea Pitch ini, beri perhatian khusus kepada apa yang anda fikir mereka mungkin mendengar untuk. Penerbit mungkin mahu mengetahui butir-butir berikut:

Bagaimana filem itu mungkin dilakonkan
Berapa banyak kos pembuatan
Bagaimana mereka akan memasarkannya
Apa filem paparkan

Jika anda mengikuti permintaan mereka, ayat pertama anda adalah memperkenalkan watak-watak, ayat yang seterusnya menggambarkan konflik mereka, dan ayat terakhir meninggalkan pendengar dalam keadaan mahu lebih lagi. Konflik ini secara amnya mencadangkan genre filem itu, tetapi jika tidak, pertimbangkan merujuk kepada bahawa dalam ayat yang terakhir juga.

Sumber : http://www.dummies.com/how-to/content/preparing-to-pitch-your-screenplay-to-a-studio.html

Tambahan bahan rujukan lain berkaitan  :
About
g. Loglines, Treatments, Synopses

Director's Journal 6 : Shooting Zahirah

“There are no rules in film making, only sins. And the cardinal sin is Dullness.” -Frank Chapra


Perbincangan akhir produksi telah menetapkan krew-krew yang terlibat dalam shooting sebenar lokasi penggambaran pada hari Khamis, 24 April 2014 bertempat di Janda Baik :
1. Pengarah
2. 3 orang pelakon
3. 2 orang Cameraman
4. Contigirl
5. 2 orang pereka set dan kostum

Setibanya di lokasi dalam pukul 7.30 malam, semua krew produksi menyiapkan persiapan untuk shooting.
Pelakon menyolekkan diri dan mengingati skrip, krew-krew lain menyediakan alatan teknikal dan props yang akan digunakan dalam penggambaran.

Proses seterusnya, SHOOTING.



sedang mendapatkan close-up gambar-gambar Zahirah
ibu Zahirah dari sisi depan kamera ketika aksi membasuh pinggan

mendapatkan scene ibu Zahirah sedang berjalan menuju ruang tamu

kamera berada di luar rumah untuk mendapatkan angle berbeza ketika scene di ruang tamu

Gambar, salah satu props yang digunakan untuk shooting disusun di atas almari

Pengarah sedang memberi tunjuk ajar kepada pelakon tentang dialog yang perlu diulang
Shooting berakhir menjelang pukul 12.30 tengah malam setelah pengarah berpuas hati dengan hasil rakaman. Krew yang lain mula mengemas peralatan dan kami bertolak pulang ke UM memandangkan keesokannya masih merupakan hari kuliah. Keseluruhannya, sepanjang sesi penggambaran/shooting krew yang terlibat memberi sepenuh perhatian kepada kerja-kerja yang perlu dilakukan. Tanpa kerjasama semua krew mungkin shortfilm Zahirah ini tidak berjaya.

Wednesday 28 May 2014

Director's Journal 7 : Asas Produksi

REWIND NOTES : ASAS PRODUKSI




FASA-FASA DALAM PRODUKSI VIDEO;
Terdapat 3 fasa dalam penerbitan video iaitu, PRE-PRODUCTION, PRODUCTION dan POST-PRODUCTION.

- PRE-PRODUCTION;
Fasa ini termasuk menulis skrip dan perancangan yang perlu dalam penyediaan skrip untuk rakaman.
-PRODUCTION;
Dalam fasa ini rakaman sebenar filem atau video dilakukan di lokasi-lokasi.
-POST-PRODUCTION;
Dalam fasa ini pula proses penyuntingan, memasukkan bunyi dan grafik dibuat terhadap rakaman yang telah dilakukan.

PRE-PRODUCTION;
Dalam fasa ini ialah,
1. SINOPSIS
2. TREATMENT atau OLAHAN CERITA
3. SKRIP
4. PEMILIHAN PELAKON
5. RECEE
6. BELANJAWAN
7. JADUAL PENGGAMBARAN
8. SKRIP PENGGAMBARAN dan STORYBOARD
9. PEMBINAAN SET
10. PENYEDIAAN KOSTUM atau PAKAIAN
11. SOLEKAN


1. SINOPSIS
Sinopsis merupakan maklumat ringkas yang padat dan jelas.
Sinopsis yang baik ialah diantara 30-50 patah perkataan dan yang kurang baik melebihi 100 patah perkataan. Sinopsis ini ditulis dalam satu perenggan sahaja.

CONTOH SINOPSIS
Forbidden Kingdom merupakan sebuah filem aksi, fantasi, pengembaraan dan lucu. Ia mengisahkan seorang remaja Amerika bernama Jason di abad ke-21 yang amat meminati filem kung fu. Secara tidak sengaja Jason telah terjumpa sebatang tongkat unik yang telah membawanya terlibat dalam satu pengembaraan di era 500 tahun dahulu.

2. TREATMENT/ OLAHAN CERITA
Ia merupakan satu pengisahan yang lengkap mengenai satu-satu cerita dari kaca mata seorang tukang cerita tanpa sebarang dialog.
Olahan cerita ini menggunakan kaedah adegan demi adegan.
Mereka yang membaca akan merasa kesan yang sama seperti menonton cerita tersebut.
Olahan cerita biasanya untuk filem atau drama satu jam, olahan cerita atau treatment panjangnya dari 40 hingga 60 muka surat.

CONTOH TREATMENT atau OLAHAN CERITA.

SIANG HARI. LONG SHOT dan PAN. Kita dilihatkan kawasan ladang kelapa sawit yang luas tetapi sebahagiannya ditutupi semak. Kedengaran bunyi anjing dari jauh. Kita lihat anjing dan seorang lelaki Cina melangkah sungai dengan memijak batu-batu di dalamnya.

Bunyi anjng semakin ganas membawa pemburu ke arah sebuah bungkusan. Kamera bergerak ke sebalik bungkusan guni yang besar menampakkan anjing dan pemburu meluru ke arah bungkusan tersebut......


3. SKRIP;

Skrip ialah idea yang dikembangkan menjadi isu dan persoalan.
Ia berfungsi untuk memenuhi sesuatu tujuan dengan menggunakan sesuatu jenis media.
Skrip dihasilkan oleh penulis skrip.
Penulisan sesebuah skrip berlaku berulang kali sehingga diluluskan untuk diterbitkan.
Biasanya penerbit akan membeli terus skrip dan mengubah bahagian tertentu jika perlu.

SUMBER IDEA UNTUK SKRIP;

- Pengalaman sendiri
- Pengalaman orang lain
- Pembacaan pelbagai bahan
- Menonton

BENTUK IDEA;
Idea ialah cetusan desakan fikiran mengenai sesuatu.

i. IDEA TERPENDAM, iaitu idea yang tidak aktif. Setiap manusia mempunyai idea ini yangmana ia tidak berkembang.
ii. IDEA TERPERAM, iaitu idea yang masih berlegar dalam fikiran secara aktif yang dicadangkan untuk dilahirkan menjadi skrip.
iii. IDEA LAHIRIAH, iaitu idea yang telah dilahirkan di atas kertas.

STRUKTUR SKRIP;

- Pengenalan
- Kandungan
- Kesimpulan


4. RECEE/ MENINJAU LOKASI

Ia merupakan proses mencari tempat yang sesuai untuk penggambaran video atau filem.

-Tujuan recee ialah untuk meminta kebenaran pihak tertentu untuk membuat rakaman di lokasi-lokasi tertentu.
-Menentukan arah cahaya matahari yang penting untuk subjek rakaman di luar dan dalam.
-Recee juga dibuat bagi menentukan pencahayaan yang perlu di lokasi berkenaan.
-Menentukan plug point yang mencukupi terutama untuk lampu-lampu penggambaran.
-Untuk mengetahui bunyi-bunyi yang tidak diperlukan di lokasi berkenaan.
-Untuk mengetahui perkara-perkara tertentu dari masyarakat tempatan di mana penggambaran akan diadakan.


5. BELANJAWAN

Belanjawan merangkumi pelbagai perkara dalam penerbita tersebut.
- BAYARAN PENGARAH
- BAYARAN PELAKON TETAP DAN TAMBAHAN
- BAYARAN KREW PENERBITAN
- PENGANGKUTAN
- PROPS DAN COSTUMES
- SEWA LOKASI
- PENGINAPAN
- ORKESTRA
- PENGINAPAN
- CATERING


6. JADUAL PENGGAMBARAN

-Penolong Pengarah akan memecahkan skrip mengikut BABAK, SHOT, PROPS, KOSTUM, LOKASI dan PELAKON.
-Jadual penggambaran disediakan mengikut jumlah hari penggambaran dan babak.
-Babak yang digambarkan di tempat yang sama akan dibuat pada hari yang sama.


7. SKRIP PENGGAMBARAN

- Skrip Penggambaran dibuat oleh Pengarah berdasarkan treatment atau lakon layar yang ditulis oleh penulis skrip.
- Skrip penggambaran ditulis mengikut BABAK, URUTAN dan NOMBOR.


STORYBOARD

- Satu siri lakaran lukisan yang memaparkan komposisi dalam sesuatu penerbitan filem atau video. Ia mengandungi imej atau visual, diskripsi ringkas berkaitan visual dan shot-shot kamera.
- Pengarah berbincang dengan pelukis untuk menterjemahkan skrip penggambaran ke bentuk storyboard.

Salah satu faktor diperlukan storyboard ialah untuk memudahkan pengarahan dan juga penyuntingan.


8. PEMBINAAN SET dan PROPS

- Pembinaan set diketuai oleh Pengarah Seni atau Pereka Set.
- Sebelum set dibina ia terlebih dulu dilukis
- Model juga dibina.
- Pembinaan set mengambil kira kedudukan kamera dan penataan lampu.
- Bahagian props juga membuat persediaan terhadap hiasan set dengan nasihat Pengarah Seni.
- Pengarah Seni bertanggung jawab berkaitan pemilihan PERABOT, PROPS, dan perhiasan set serta tempat untuk meletakkannya.
- Props yang tidak boleh dibeli atau disewa akan dibuat sendiri.

9. MENYEDIAKAN KOSTUM

- Kostum direka oleh pereka kostum sebelum penggambaran.
- Pereka kostum berbincang dengan Pengarah Seni dan Pengarah Fotografi berkaitan aksesori dan kostum dari sudut warna dan fesyen.
- Pereka kostum akan mereka kostum dengan mengambil kira sejarah, masa, lokasi, cuaca dan suasana keseluruhan.
- Semua senarai pakaian dan aksesori untuk setiap babak dipegang oleh Pereka Kostum.
- Ukuran pelakon-pelakon juga diambil untuk tujuan mereka kostum yang akan dipakai.
- Kostum ada yang dibuat, dibeli, disewa, atau didapati dari pihak penaja.
- Semasa penggambaran Pereka Kostum akan berbincang dengan Penjaga Kesinambungan(atau contigirl) untuk memastikan kesinambungan kostum adalah betul untuk setiap babak.


10. SOLEKAN

Jurusolek akan berbincang dengan Pengarah dan Pengarah Seni berkaitan solekan para pelakon.

Terdapat tiga(3) katogori solekan iaitu;

- Solekan langsung
- Solekan watak
- Solekan Kesan Khas.

SOLEKAN LANGSUNG
- Solekan langsung berkaitan aspek personaliti khususnya dilakukan di muka.

SOLEKAN WATAK
- Solekan watak menukarkan pelakon kepada orang yang berlainan seperti menambah janggut.

SOLEKAN KESAN KHAS
- Solekan atau make up kategori ini merangkumi bidang yang luas bergantung kepada keperluan watak yang dilakonkan.
- Solekan khas merupakan yang lebih sukar seperti kuku tumbuh dari jari dan menjadikan orang yang kurus kepada gemuk.


5.2 PENERBITAN(PRODUCTION)

Penerbitan atau production ialah;
- Proses meletakkan imej-imej ke atas filem dan bunyi ke dalam pita.
- Proses meletakkan imej-imej dan bunyi ke dalam pita
- Proses penggambaran pelakon dan aksi.

Dalam erti kata yang lain PENERBITAN ialah tugas-tugas rakaman yang dibuat oleh krew rakaman di lokasi-lokasi mengikut treatment atau skrip yang telah ditulis. Sebelum membuat rakaman pastikan peralatan rakaman dalam keadaan sempurna dan mampu mengendalikan peralatan berkenaan dengan baik.

Dua cara:


KREW PENGGAMBARAN DI LOKASI
- PENGARAH
- PENOLONG PENGARAH
- PENASIHAT SKRIP/ PEMBANTU SKRIP
- PENGARAH DIALOG
- PENGARAH FOTOGRAFI/ JURUKAMERA
- JURUAUDIO
- PENATA CAHAYA
- JURUSOLEK
- PEMEGANG CLAPPERBOARD
- CONTIGIRL


a. PENGARAH
Tugas Pengarah ialah;

- Pengarah memilih dan mementaskan bahan yang akan digambarkan dalam shot.
- Tanggungjawab utama di lokasi ialah menyusun, mengarah aksi, perletakan kamera dan menentukan shot yang harus digunakan.
- Menyelesaikan masalah krew dan juga pelakon.

ARAHAN DALAM PENGGAMBARAN FILEM
- Pengarah: 'Quite on the set! Sound ready'
- Juruaudio: 'Yes'
- Pengarah: 'Roll sound'
- Juruaudio: 'Speed'
- Pengarah: 'Camera roll'
- Jurukamera: 'Camera roll'
- Pengarah: 'Mark it'
- Pemegang clapperboard: 'Scene 15, shot 1, take 3'
- Pengarah: 'Action'

....Bila penggambaran tamat.....

- Pengarah: 'Cut'

ARAHAN DALAM PENGGAMBARAN VIDEO
- Pengarah: 'Quite on the set! Camera ready'
- Jurukamera: 'Ready'
- Pengarah: 'Roll camera'
- Jurukamera: 'Camera roll'
- Pengarah: 'Mark it'
- Pemegang clapperboard: 'Scene 15, shot 1, take 3'
- Pengarah: 'Action'

....Bila penggambaran tamat.....

- Pengarah: 'Cut'



b. PENOLONG PENGARAH
Tugas Penolong Pengarah ialah;

- Menentukan produksi berjalan lancar dan mengikut jadual
- Menyampaikan segala maklumat dari Pengarah kepada pelakon dan krew
- Merancang pergerakan pelakon ketika raptai bersama pelakon, kamera, dan cahaya
- Memberi taklimat kepada pelakon dan krew untuk penggambaran pada hari esok.
- Menguruskan pelakon tambahan dan orang ramai serta memastikan orang yang tidak terlibat tidak berada dalam set penggambaran.


c. PENASIHAT/ PEMBANTU SKRIP
Tugas Penasihat atau Pembantu Skrip ialah;

- Mencatat shot-shot yang diambil
- Mencatat perubahan dialog, aksi, lokasi, set, props, hiasan, kostum, pergerakan kamera dan segala komen yang dibuat oleh Pengarah.


d. PENGARAH DIALOG
Tugas Pengarah Dialog ialah;

- Ketika raptai, Pengarah Dialog menyemak skrip dengan pelakon untuk memastikan mereka tahu dialog masing-masing dan membantu mereka menyampaikannya.
- Memberitahu Penasihat Skrip jika ada sebarang perubahan dialog ketika sesi latihan di luar kamera.
- Memberitahu Pengarah dan Pembantu Skrip sebarang perbezaan skrip selepas setiap rakaman diambil
- Tidak semua produksi mempunyai Pengarah Dialog dan ini akan diambilalih oleh Pembantu Skrip


e. PENGARAH FOTOGRAFI/ JURUKAMERA
Pengarah fotografi dikenali juga sebagai Jurukamera atau Cinematographer.

Tugas Pengarah Fotografi atau Jurukamera ialah;
- Menyediakan peralatan sebelum penggambaran
- Meletakkan kamera mengikut apa yang dikehendaki oleh Pengarah
- Menentukan shot, kedudukan, sudut dan pergerakkan kamera namun keputusan akhir ditentukan oleh Pengarah
- Bekerjasama dengan Penata Cahayabserta menentukan tiada sebarang benda yang tidak perlu ada dalam bingkai atau frame ketika shot diambil.



f. JURURAKAM BUNYI/ BOOM OPERATOR
Tugas Boom Operator ialah;

- Menghasilkan bunyi yang baik seperti bebas daripada bunyi latar belakang yang hingar dan sebagainya
- Dalam pembikinan filem dia mengendalikan alat perakam, mikrofon dan menggunakan earphone.
- Dalam penerbitan video ia mengawal volume rakaman di kamera atau mengawal audio mixer untuk merakam audio daripada boom microphone.
- Dia berbincang dengan Jurukamera untuk menentukan kedudukan mikrofon dalam set penerbitan.


g. PENATA CAHAYA

Penata cahaya memberi kerjasama kepada Pengarah, Pengarah Seni serta Pengarah Fotografi untuk mencipta pencahayaan yang sesuai untuk sesebuah babak atau set.


h. JURUSOLEK

- Membantu pelakon merealisasikan perwatakannya mengikut yang dikehendaki oleh skrip
- Menggunakan tiga katogori solekan iaitu SOLEKAN LANGSUNG, SOLEKAN WATAK dan SOLEKAN KHAS.
- SOLEKAN LANGSUNG berkaitan aspek personaliti khususnya dilakukan di muka.
- SOLEKAN WATAK menukarkan pelakon kepada orang yang berlainan seperti menambah janggut.
- SOLEKAN KHAS merupakan make up yang lebih sukar seperti kuku tumbuh dari jari dan menjadikan orang yang kurus kepada gemuk.


i. PEMEGANG CLAPPERBOARD

-Tugasnya ialah memegang clapperboard di hadapan kamera sebelum aksi sesuatu adegan dilakonkan. Clapperboard ini dirakamkan juga.


j. CONTIGIRL

Tugas Contigirl ialah menjaga segala kesinambungan / continuity ketika penggambaran berjalan.
- menjaga kesinambungan shot-shot, pergerakan, pakaian dan sebagainya.
- membuat catatan di filem atau video recording sheet.



k.  PELAKON
Pelakon bukan krew penggambaran tetapi dia mesti berada di lokasi penggambaran untuk rakaman. Sebagai pelakon dia mesti;
- bersedia menurut arahan Pengarah
- mampu menghidupkan watak yang dibawanya
- mesti sentiasa bersedia untuk berada dalam wataknya.


PELAKON
Pelakon merupakan mereka yang diberi peranan melakonkan watak dan dirakamkan ke filem atau video. Pelakon mestilah;
- Bersedia menurut arahan Pengarah
- Mampu menghidupkan watak
- Mesti sentiasa bersedia untuk berada dalam wataknya


GERAK KERJA KAMERA / CAMERA WORKS

ii. PERGERAKAN KAMERA
iii. SUDUT KAMERA
iv. KOMPOSISI
v. SCREEN DIRECTION / CONTINUITY


i. JENIS / SIZE SHOT

- LONG SHOT / FULL SHOT (LS) : Keseluruhan tubuh manusia.
- MID SHOT (MS) : Paras pinggang ke atas.
- MID CLOSE UP (MCU) : Atas dada hingga atas kepala.
- CLOSE UP (CU) : Atas dagu hingga atas dahi.
- EXTREME CLOSE UP: Bawah hidung hingga mata.
- TWO SHOT; dua subjek dalam bingkai atau frame.
- POINT OF VIEW SHOT: rakaman pandangan subjek.
- OVER SHOULDER SHOT: rakaman dibelakang bahu subjek atau pelakon.
- REVERSE SHOT: kamera sebagai pemerhati kedua subjek yang sedang berkomunikasi.


ii. GERAKAN KAMERA

- STILL / TANPA BERGERAK.
- DOLLY IN / OUT
- TRACK

iii. SUDUT KAMERA

a. SUDUT KAMERA MENDATAR / HORIZONTAL

- FRONT
- 3/4 FRONT
- PROFILE
-3/4 BACK
- BACK


b. SUDUT KAMERA MENEGAK/ VERTICAL

- EXTREME HIGH ANGLE
- HIGHT ANGLE
- EYE LEVEL
- LOW ANGLE
- EXTREME LOW ANGLE
- AERIAL VIEW: pandangan udara.


iv. KOMPOSISI:

- Ia berkaitan dengan aksi, pergerakan dan kandungan dalam shot-shot tertentu.
- Ia juga merupakan cara kita meletakkan subjek dalam 'frame'


v. SCREEN DIRECTION / CONTINUITY

- Arah atau pergerakan subjek dalam bingkai atau frame.
- 'Screen Direction' lebih mudah dikekalkan jika memahami prinsip 'Action Axis'



PENCAHAYAAN

Tujuan asas pencahayaan,

- Untuk mendapatkan satu pendedahan sempurna bagi meningkatkan kualiti gambar.
- Untuk menghasilkan 'mood' sesebuah cerita.


SUMBER CAHAYA

i. CAHAYA SEMULAJADI
ii. CAHAYA BUATAN (LAMPU)


KUALITI CAHAYA

i. SOFT LIGHT
ii. HARD LIGHT

i. SOFT LIGHT

- Cahaya yang terserak (diffused)
- Kurang bayang atau menghasilkan bayang yang nipis.


ii. HARD LIGHT

- Cahaya yang kuat
- Hasilkan bayang yang jelas atau tebal.


BASIC LIGHTING

- Gunakan satu 'key light'
- Tidak menarik dan menghasilkan bayang yang tebal di bahagian yang tidak kena cahaya.


THREE POINT LIGHTING

- Cara 'Three Point Lighting' ialah ia menggunakan tiga buah lampu yang diletakkan di posisi yang tertentu. Ia akan memberikan pencahayaan yang sempurna kepada subjek yang dirakan.


- 'BALANCED LIGHTING'

Cara mendapatkan balanced lighting dalam studio ialah dengan menggunakan
- KEY LIGHT
- FILL LIGHT
- BACK LIGHT
- SET LIGHTING


SPECIAL LIGHTING EFFECT

a. BELOW (pencahayaan di bawah)
Bila digandingkan dengan latar belakang yang gelap atau tiada cahaya langsung, subjek kelihatan misteri dan seram.

b. ABOVE (pencahayaan di atas)
Subjek atau seluruh babak atau scene kelihatan redup.

c. SIDE (pencahayaan dari sisi)
Menyerlahkan kesan dramatik.